Hari sengal
Hari ni hari yg penat.hari exam.first time exam di usm.pagi pulak.aku dah janji dgn lyn nak pegi sekali dgn dia.so mengikut perjanjian yg termeterai pd hari sabtu dia akan tunggu di oum.maka inilah ceritanya…
mlm itu aku dpt msg dr lyn.dia akan tunggu kat oum pukul 0645.wth??awal gila.aku menolak kerena terlalu.maka lyn dgn hujah2nya menyatakan dia takot jam atas bridge la,keta byk,tak nak presure2 bla bla bla bla…byk sungguh hujahnya.then mama plak mcm satu kepala plan dgn lyn.suruh kuar rumah kol 0630!dem!maka dgn hati yg berat aku bertolak pd 0630.aku sengaja drive slow slow dan aku sampai di oum 0650.aku nampak gen 2 lyn bersama tuannya di dlm yg menunggu ketibaan aku utk menjemputnya.
semasa dlm perjalanan si lyn ni tak abis2 membelek notes2 nya.ini membuatkan aku berasa tertekan.bukan tertekan tp cuak sebenarnya.takde ketenangan semasa memandu dibuatnya.
Lyn : ei kerol lyn tak ingat la structure of presentation.apa benda ek?
aku : la..kat mana plak tu…takde pon kerol baca semalam.
Lyn : ni satu lagi.distribution of memo ni..(sambil menghafal)
aku : uish.kat mana lyn dpt sume tu?takde pon dalam modul.
Lyn : sape cakap takde.ni haa pg 189.
aku : apesal kerol tak jumpa pon (aku semakin cuak apabila sume benda yg lyn tanya sume aku tak tau)
Lyn : kerol baca tak abis la tu.key phrases dlm chapter 6 penting ni.
aku hanya diam.cuak sungguh apabila byk benda aku yg dia tanya aku tak boleh jawab.dia terus mengajukan soalan demi soalan.dlm hati aku berkata “MINAH NI KANG AKU CAMPAK JUGA DLM LAUT!”
kami sampai pukul 0715.terlalu awal.hanya kami berdua di dlm kerata yg diletakan di belakang dewan itu.disebabkan terlalu awal, maka aku mengambil kesempatan ini utk mengahafal benda2 yg aku tidak mengerti, tidak mengingati dan benda2 lain yg patut diketahui. sedang enak menghafal tetibe pakgad USM muncul.
Pakgad : Assalammualaikum
Kami : waalaikummusalam
Pakgad : ni buat pe kat sini ni pagi2 buta kat sini ni?
Aku : kami study pakcik.ada exam jap lg.
Pakgak : kamu jgn nak tipu pakcik.semester ni baru mula je takan dah ada exam.kamu jgn ingat pakcik tak tau!mintak kat matrik!
kami pon beri kad matrik seperti yg diarahkan.aduh.masalah sungguh.
Pakgad : owh student OUM rupanya.ingatkan student sini td.exam pukol bape?(sambil tersengih)
Aku : pukul 9 pakcik.
Pakgad : paper apa?
Aku : English.
Pakgad : owh.buat la baik2. Assalammualaikum (sambil terus beredar)
aku dpt rasakan yg pakgad itu telah malu dan utk mengkaver kemaluan yg dirasainya maka dia terus beredar dari situ.aku hanya tersenyum melihat gelagat pakgad itu kerana kesengalannya kurang lebih spt pakgad UTP.sengal!
p/s : pakcik itu tak nampak mcm pakgad.mungkin pakgad USM mcm tu kot.menyamar sbg org biasa?
p/p/s : lyn ialah rakan aku di OUM.hanya rakan sekelas.tidak kurang tidak lebih.
berambos!

Leave a Reply